Sunday, May 31, 2009

Kekurangan berlebihan...

Berlatarbelakangkan lrt yang melintasi.. Dua perbezaan dari segi berlebihan dan kekurangan..fahamilah sendiri...:)

Empat daripada 10 orang dewasa yang melebihi usia 18 tahun di negara ini sama ada mengalami kegemukan atau terlebih berat badan. Dengan erti lain nya OBESITI...
APA ITU OBESITI?
Seseorang dikatakan obes jika: Nisbah pinggang-ke-pinggul (WHR). WHR boleh dikira dengan membahagikan lilitan pinggang dengan lilitan pinggul. WHR ialah suatu ukuran mudah untuk taksiran pembahagian lemak dalam badan. Keliling pinggang sm/inci Keliling pinggul sm/inci...
APA PUNCA OBESITI?
Genetik atau keturunan – gaya pemakanan keluarga Pemakanan- Makanan yang telah di proses kebanyakkannya mempunyai kadar gula dan lemak yang tinggi. Kurang aktiviti/senaman Pengambilan ubat-ubatan
APA KESAN OBESITI?
Dari segi emosi, seorang yang obes boleh menghadapi masalah kekurangan keyakinan diri dan depresi kerana tidak dapat menikmati hidup yang normal dan aktif. Selain itu, berat badan berlebihan boleh merosakkan sendi dan mengakibatkan osteoartritis. Obesiti yang serius juga meningkatkan risiko untuk penyakit tekanan darah tinggi, diabetes, masalah pundi hempedu, gout, penyakit jantung dan kanser.

Gambar ni sempat aku snap di stesen lrt pudu. Tiada niat untuk menuding jari atau mengutuk pada sesiapa. Tetapi kebetulan kakak ini berada betul2 bertentangan dengan papan iklan yang mana telah menarik perhatian aku...hehe..


Sunday, May 24, 2009

Layang-layang di Udara

Friday, May 22, 2009

KLCC@ Titiwangsa




Saturday, March 21, 2009

1st Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2009






Sunday, March 15, 2009

Berakhirnya sudah Interview itu....

Setelah menanti..setelah mencari akhirnya hampir selesai tugasan aku. Credit kepada rakan2 yang membantu pencarian Tokoh ini..jasa mu dikenang. Disini aku memperkenal kan Timbalan Ketua Pengarah(ICT) MAMPU. DR. Nor Aliah Bte Mohd Zahri. Kesempatan 2 jam yang diluangkan oleh beliau tidak aku sia-siakan. Tutur bicara beliau sememangnya memberi inspirasi kepada aku dan rakan2(Mizi & Anas). Masih teringat lagi soalan aku mengenai falsafah beliau..
Aku: " Apakah falsafah hidup DR..?"
DR. Aliah Menjawab bersahaja : " Saya senang saja,apabila sy membuat sesuatu..yg pertama mesti ada kebaikan,yg kedua buat dgn sedaya upaya & tiada separuh jln..dan akhir sekali ikhlas serta berbuat kebaikan yg memberi benerfit kpd org.."
Ternyata dengan berpegang kepada falsafah beliau,kini beliau telah mencapai apa yang diingini.... Di bawah beberapa gambar yg sempat dipetik dari lensa ku..
MAMPU = Unit Permodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia

About Me

My photo
Tegur sahaja aku ini

Ahlan wasahlan

Jadi Ikutan