Tuesday, December 30, 2008

Pekena 'PASEMBUR"

Akhirnya cek dapat pekena pasemboq padang kota....Sahaja aku guna ayat-ayat penang,nak bagi mood suasana penang itu timbul..:)
Dah lama cek mengidam pasemboq ni..Bila dah ada peluang mai penang ni,apa lagi teruih pi usha pasemboq kat padang kota lama.
Bila dah sampai sana, gerai pasemboq nilah menjadi tumpuan cek...Tengoklah ada satu family ni tengah serbu gerai ni..itu yang menjadi tarikan aku nak pilih gerai ni..,
Banyak pilihan ,cucoq2,fish ball,kentang..dan banyak lagilah bahan2 yg boleh digaulkan menjadi pasemboq. Cuba hangpa tengok ni..ketam goreng pun ada..
Pasemboq aku dah siap. Ada la beberapa bahan yg aku pilih dan menyebabkan harganya mencecah RM20 sepinggan.
Ternyata walaupun harganya RM20,tetapi berbaloi...sedap seperti jangkaan.
susah nak terangkan kesedapan nya dgn menaip disini. jadi apa yg hangpa tunggu lagi..
Turun lah ke Penang..Kita pekena "PASEMBUR" Padang kota. Memang menyelera dan mengenyangkan..kalau xpercaya..tgk pinggan aku dah hampir licin dgn kerakusan nafsu makan ku... Rugi kalau x mai pekena tauu..

Monday, December 29, 2008

Paparan Album

Banyak soalan ditanya..banyak soalan diajukan..Bagaimana STICKY Album yg saya dapat??
Bagi menjawab soalan itu,aku paparkan Contohnya...
SIZE ALBUM : 10 x 15 inch.
Layarilah pakej Retroclick Photogrphy sediakan----> Banner

Saturday, December 27, 2008

Ikatan Pertunangan || Azli & Zetty || 27122008


Friday, December 19, 2008

Selamat Tinggal K.L Sembilan Hari..

Pejam jelik -pejam jelik..kini kita sudah hampir ke hujung tahun 2008.,iaitu bulan Disember.Banyak memori,suka duka,gelak ceria yang aku tempuhi tahun ni.Apapun Seperti tahun2 sebelum ni jugak,bulan ni lah yang aku nantikan sesangat.
Mengapa?? Kerana dlm bulan Disember aku akan cuti panjang.
Pasal apa?? Pasal company tempat aku bekerja(WDM) akan buat plant Inventory.(P.I).
Maksudnya?? Maksud plant inventory ni,operasi syarikat ini akan ditutup selama beberapa hari bagi memberi peluang untuk mengemaskinikan rekord2 akaun dan purata keuntungan syarikat.
Jadi bagi kesempatan cuti ini,aku pun pulang kekampunglah selama 9 hari. Family come first..:)...
Aku dah tanda siap2 dah dlm kalendar hari cuti aku untuk balik kampung.
Jadi baju2 pun aku dah pilih untuk bawak balik. Oleh kerana cuti yang agak panjang banyaklah baju yg nak di bawa balik..Tengoklah almari bajuku tinggal beberapa helai baju dan "hanger" yang tergantung je..
Itu baru pesiapan baju .Lepastu,aspek-aspek untuk keselamatan dan pejalanan yang selamat,perlu di ambil kira..Jadi aku pun wat pre- inspection la kat kereta aku. Tiga perkara je aku buat pun..
1) check air kat radiator.kalau xcukup tambah..
2) Check minyak hitam..-(Engine oil)
3)check angin tayar...xcukup tambah..
Selepas berpuas hati dengan condition kereta dan dijangka keretaku akan berkhidmat dgn sempurna sepanjang perjalanan balik,jadi apa lagi di tunggu , "grab" le kunci ,start enjin ,masuk gear dan pecuttt......
Tiada lagi dalam akal fikiran ku apa nak buat kat kampung. Tapi yang pasti nak luangkan masa berlipat ganda dengan Mak,Ayah dan nenek. Rindu kat kalian semua... Mak..Ayah..fiz balik ni..:)...
Besnya cuti.... Tetapi Apapun "Retroclick Photography" masih beroperasi seperti biasa dan matlamat yang sama.Dengan dua orang photographer yg berkaliber iaitu sahabat dan partnerku yang masih available untuk tempahan dan pertanyaan di sekitar KL.
Partner aku yang boleh dihubungi ialah Saudara MIZI dan PHEL
-Sayonara K.L-

Tuesday, December 16, 2008

Wajah-Wajah

Di majlis kenduri..

About Me

My photo
Tegur sahaja aku ini

Ahlan wasahlan

Jadi Ikutan